Rabu, 14 September 2011

Maklumat Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau atau nama ringkasnya SMK Sri Kurau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Siakap. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau telah ditubuhkan pada 1hb, Januari 1965 oleh Kementerian Pelajaran untuk memenuhi polisi Kerajaan bagi menyediakan pendidikan menengah untuk semua kanak-kanak terutama sekali yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.

Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau memiliki 656 pelajar lelaki dan 634 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1290 orang. SMKSK mempunyai seramai 106 orang guru.2011


Visi Sekolah
Menjadikan sekolah kita sentiasa hebat, berkualiti dan disanjungi.


Misi Sekolah
Berusaha menerap dan menyemai nilai-nilai murni dan nilai saintifik berteraskan agama, berakhlak mulia, bertakwa, bertanggungjawab, berdisiplin dan berketerampilan.


Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua pelajar ke arah kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.


Berusaha membantu dan membimbing pelajar ke arah menjadi generasi berkualiti yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa serta mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara, merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi negara.

Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau
Jalan Siakap, 34300 Bagan Serai
Perak, Malaysia.

Faks ; 6057219018


1 ulasan: