Isnin, 3 Oktober 2011

Tatacara Menghadapi Temuduga

Assalamualaim dan slam sejahtera ..

Di sini ingin saya kongsi beberapa tatacara untuk menghadapi temuduga . Moga-moga pelajar lepasan SPM dan lain-lain dapat menjadikan tips ini sebagai panduan. Kepada yang belum tamat belajar, jadikanlah tips ini sebagai persediaan.


PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA:

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:
1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
  • Kaunselor.
  • Guru-guru kaunseling.
  • Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
  • Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
  • Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab.
  • Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
  • Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
  • Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
  • Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.
3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.
4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

PADA HARI TEMUDUGA:
  1.  Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin. 

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:  
  1.  Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu. 
  27.  
Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.


Jumaat, 30 September 2011

Majlis Mohon Restu & Bacaan Yassin PMR 2011

Assalamualaikum / salam sejahtera ..

Majlis mohon restu dan bacaan yassin PMR 2011 ini telah dijalankan pada hari Jumaat , 29 September 2011 bertempat di Dewan Peperiksaan PMR SMK Sri Kurau pada jam 10.30 pagi .









Khamis, 29 September 2011

10 kunci untuk lulus dengan cemerlang

1. Menguruskan masa - jadual waktu belajar

2. Membaca

3. Mendengar

4. Mengambil nota

5. Meningkatkan penumpuan

6. Membuat rujukan

7. Mengulangkaji

8. Sihat fizikal dan mental

9. Tahu teknik menjawab soalan

10. Berdoa

Rabu, 28 September 2011

Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup. 

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka. 

5. Susunlah Catatan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Selasa, 27 September 2011

3 Teori Asas ke Arah Pembelajaran Cemerlang

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera ..

Mengikut Dr. Moni Lai Stroz dalam buku Mind Body Power 1990, digarisi tiga teori asas untuk peningkatan pembelajaran iaitu :

1. Perlu difahami bahawa minda sedar dan bawah sedar adalah satu kesatuan. Mereka sentiasa bersama dalam proses pembelajaran kerana tubuh manusia membabitkan satu proses yang menyeluruh.

2. Perlu difahami bahawa saranan diri boleh membuka kunci ilmu pengetahuan yang tersimpan dalam minda bawah sedar.

3. Pelajar digalakkan belajar secara maksimum di bawah situasi yang tenang, gembira dan kondusif. Pelajar yang berada dalam keadaan minda otak kanan digerakkan untuk membantu minda otak kiri semasa belajar.

Sekian ~

Isnin, 26 September 2011

Maklumat UBK Smk Sri Kurau

Visi
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

Misi
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya ;
- Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan
- Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ)
- Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid

Matlamat Bimbingan & Kaunseling

- Menyediakan perubahan tingkahlaku
- Membantu membuat keputusan
- Membantu individu menjadi rasional dan realistik terhadap diri dan persekitarannya
- Memperbaiki hubungan
- Memahami diri dan menjadi agen informasi kepada anda

Ciri-ciri Hubungan Kaunseling


- Kami terima anda tanpa syarat
- Kami terima anda seadanya
- Kami tidak "MEMAKAN" anda
- Kami bertanggungjawab terhadap keselamatan, kehormatan dan kesejahteraan peribadi anda
- Berterus terang dan bersemuka
- Kami bantu anda membuat keputusan
- Perkhidmatan yang jujur dan ikhlas
- KERAHSIAAN adalah keutamaan kami

Peranan Guru Bimbingan & Kaunseling


Guru bimbingan & kaunseling anda adalah seorang yang :
- Sanggup mendengar semua persoalan anda
- Menerima anda tanpa syarat
- Menghormati anda sebagai seorang individu
- Membantu anda membuat keputusan yang terbaik bagi anda

Kenapa perlu jumpa?


- Ingin berbincangbagaimana menumpu sepenuh perhatian terhadap pelajaran
- Ingin mengetahui TEKNIK BELAJAR yang berkesan
- Sukar mengatasi perasaan RENDAH DIRI
- Sukar berhubung dengan guru-guru dan rakan sebaya
- Perlu mendapat MAKLUMAT pelajaran dan pekerjaan
- Tiada motivasi untuk BELAJAR
- Tidak kenal SIAPA SAYA sebenarnya

Kaunseling bukan untuk...


- Mempengaruhi kepercayaan fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap pelajar
- Menyelesaikan masalah
- Memberi nasihat
- Memberi maklumat sahaja
- Menemuramah atau berbual sahaja
- Menilai kekuatan atau kelemahan seseorang

Jumaat, 23 September 2011

Program Jati Diri Tingkatan 2 Negeri Perak 2011

Assalamualaikum / salam sejahtera ...

Program ini telah dijalankan pada hari Isnin, 19 September 2011 hingga Khamis, 22 September 2011.



















Khamis, 22 September 2011

Rahsia Kecemerlangan Nur Amalina

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera ..

Di sini saya kongsikan video tentang rahsia kecemerlangan Nur Amalina :)


Wassalam'

Rabu, 21 September 2011

Persepsi Mengenai Otak

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia .

"Sesungguhnya kami mencipta manusia dalam rupa bentuk yang sebaik-baik kejadian:
(Surah At-Tin, 95:4)

OTAK !

Saiz otak manusia waktu dilahirkan 25% daripada saiz otak dewasa. Setiap bayi yang lahir memiliki potensi besar untuk berjaya. Setiap aktiviti pembelajaran seperti pembacaan, pemahaman, penguasaan bahasa, mengingat fakta serta aktiviti lain memerlukan penggunaan otak yang aktif serta minda yang positif.

*Otak berfungsi dengan baik jika ia digunakan
*Hanya manusia yang sentiasa menggunakan otak dan memaksa diri untuk berfikir akan menikmati kejayaan dunia dan akhirat
* Otak membezakan manusia dan haiwan. Otak membolehkan manusia menguasai spesis-spesis lain, dan otak dianggap seumpana radiator untuk menyejukkan darah, sebagai ibu sawat telefon dan super komputer.

Bahagian utama otak

1. Saraf tunjang pangkal otak
2. Serebelum
3. Otak tengah (sistem limbic)
4. Korteks

Fakta menarik keajaiban otak

- Setiap saat, beberapa juta maklumat bergerak melalui otak
- Maklumat dalam otak bergerak menerusi neuron pada kadar 400 km sejam
- Otak mengeluarkan kira-kira 25 watt kuasa elektrik sewaktu berjaga cukup untuk menyalakan lampu kecil
- Otak menggunakan 20% tenaga dalam badan walaupun saiz otak hanya 2% saiz keseluruhan badan
- Manusia hanya mengeluarkan 1%, 2%, 5%, 10% atau 20% sahaja keupayaan sebenar otak (angka ini berbeza mengikut di kalangan ahli sains neuro)

Selasa, 20 September 2011

Langkah untuk berubah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...


Saya pasti ramai pelajar yang ingin berubah. Tetapi tidak tahu caranya. Di sini, saya ingin berkongsi langkah untuk berubah yang betul.

1. Ikhlas
"Aku ingin berubah tanpa dipaksa-paksa"

2. Taqwa
"Aku ingin berubah kerana Allah swt sukakan orang yang berubah demi kebaikan. Perubahan aku kerana perintah Allah swt."

3. Meletakkan matlamat
"Aku berubah untuk mencapai cita-citaku. Aku berubah untuk membalas jasa kedua ibu bapaku, guru-guruku, dan ahli keluargaku."

4. Beramal dengan ilmu yang dipelajari
"Ilmu yang aku pelajari ini akan ku gunakan untuk kebaikan keluargaku, tempat kerjaku, perniagaanku dan negaraku."

5. Menghormati guru dan menunjukkan minat terhadap pelajaran
"Aku hormati guruku. Dia yang telah mengajarku. Jika dia tidak menghalalkan ilmu yang diajarnya itu, maka sia-sialah sahaja usahaku selama ini."

6. Mentaati ibu bapa dalam perkara-perkara kebaikan
"Aku berubah ini tanpa menderhaka kepada kedua ibu bapaku. Mereka telah mendidikku, memberi makan dan pakai, memeliharaku sejak kecil dan memberikan apa yang aku minta. Aku mesti taat kepada mereka"

Semoga para pelajar dapat mengikuti tip-tip yang diberikan.

"SUMPAHKU UNTUK BERUBAH DEMI MENUNTUT ILMU"

Isnin, 19 September 2011

Tips untuk Cemerlang & Persediaan Menghadapi Peperiksaan



Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamulaikum wbt ... 
Seperti yang kita sedia maklum, peperiksaan PMR akan diadakan kira-kira 2 minggu sahaja lagi. Jadi, saya pasti para pelajar kini sedang bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan yang sempurna untuk menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. 
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip untuk cemerlang dan persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan Pencapaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi. Tip ini diambil dari akhbar Berita Harian.
Antaranya ialah:
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan Bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Bagi pelajar peringkat menengah atas yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.

Ahad, 18 September 2011

Tips komunikasi berkesan

Assalamualaikum wbt .. 


Kali ini saya ingin membicarakan tentang komunikasi .. Ahli teori bidang komunikasi berpendapat bahawa komunikasi adalah proses yang rumit . Tahukah anda apa sebabnya ? Kita sering cuba mencapai sesuatu ke arah yang dinamik . Kata2 yang kita ucapkan sering kali hilang begitu sahaja , dan kita sering memikirkan sama ada apa yang kita ucapkan dapat ditafsirkan dengan tepat dan difahami oleh orang lain .

Justeru itu, saya ini ingin berkongsi beberapa tips bagaimana untuk berkomunikasi secara berkesan , antaranya ialah :

1. Sahkan Kewujudan Seseorang
Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita . Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi . Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain . 
2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita , haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai . Ini penting bagi para pemimpin . Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya .
3. Bahasa
Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan . Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan dalam komunikasi setiap hari . Gunalah bahasa yang terbaik dalam komunikasi . Seimbangkan antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal .
4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita , kita perlulah membentuk diri menjadi modus operandi atau suri teladan sehingga orang mengagumi dan yakin pada diri kita . Pembentukan akhlak , perangai dan sikap adalah amat penting . Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain .
5. Menghargai Orang Lain
Banyak cara untuk menghargai orang lain . Antaranya dengan memberi hadiah , kad ucapan , membalas pemberian , mengucapkan tahniah , memuji kejayaan , menunaikan janji dan sebagainya . Dengan menghargai orang lain , anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda . Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit .
Semoga dengan tips-tips yang telah dikongsikan di atas dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain .
WALLAHU A’LAM ..

Sabtu, 17 September 2011

Doa-doa untuk pelajar cemerlang | InsyaAllah

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Di sini saya ingin kongsikan beberapa doa pelajar cemerlang yang boleh di amalkan oleh para pelajar . Semoga para pelajar dapat mencapai kejayaan dengan cemerlang yang di redhai oleh Allah s.w.t . Aminnn :)


1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”. 

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”. 

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”. 

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”. 

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”. 

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” 

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”