Jumaat, 16 September 2011

Maklumat Perkhidmatan

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK SRI KURAU .


Moto Perkhidmatan:
Informasi , Kecemerlangan , Kesejahteraan

Objektif Perkhidmatan:
  • Mengenal dan memahami diri sendiri, apakah kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri.
  • Membuat penyesuaian peribadi, sosial, akademik, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar sekolah.
  • Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.
  • Membentuk tabiat kebiasaan belajar yang terbaik.
  • Belajar menghargai sumbangan guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan.
  • Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi warganegara yang berguna.
Bagaimana Perkhidmatan Dijalankan:
Perkhidmatan ini dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok
- Kaunseling Individu ialah pertemuan antara pelajar dengan kaunselor sahaja
- Kaunseling Kelompok ialah pertemuan antara pelajar dan rakan-rakan dengan kaunselor

Jenis Perkhidmatan yang Disediakan:
Perkhidmatan Bimbingan
Pelajaran atau akademik
- Kerjaya
- Kepimpinan
- Sosial
- Bakat dan minat

Perkhidmatan Kaunseling
- Kaunseling individu
   - Peribadi
   - Kesihatan
   - Pelajaran / Akademik
   - Tekanan Emosi
   - Sosial / Cinta dan lain lain
- Kaunseling Kelompok
   - Kumpulan Kerja
   - Kepimpinan
   - Motivasi
   - Cungkil Bakat

Cara Mendapatkan Khidmat:
- Pertemuan secara terus
  Sila berjumpa dengan Guru Kaunseling yang bertugas mengikut waktu guru kaunsling bertugas
- Pertemuan secara temujanji
   Dapatkan borang temujanji di unit bimbingan & kaunseling , kemudian isikan
  borang tersebut bagi  menentukan waktu yang telah dipersetujui

"BERBINCANG LEBIH BAIK DARIPADA BERFIKIR SEORANG DIRI"
Guru Bimbingan dan Kaunseling ialah rakan yang prihatin
Berjumpalah segera !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan