Isnin, 21 Januari 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2013 AKAN DIADAKAN DI SELURUH NEGARA TERUTAMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR LEPASAN SPM. PELAJAR-PELAJAR YANG BERMINAT BOLEH BERKUNJUNG KE TEMPAT-TEMPAT BERIKUT:





PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI SMK SRI KURAU 2013


PROGRAM MENTOR MENTEE SMK SRI KURAU 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE SMK SRI KURAU 2013 TELAH DIRASMIKAN OLEH EN. MUHAMMAD KHALIL BIN HAMZAH (PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KERIAN)











PEMBUKAAN TAHUN 2013

Alhamdulillah, syukur pejam celik pejam celik akhirnya kita telah sampai tahun 2013. Sekejap masa berlalu, lama guru GBK tidak mengemaskini blog ini. Permulaan yang baik untuk tahun 2013, Unit Bimbingan SMK Sri Kurau telah menjalankan beberapa program sebagai pembukaan program yang akan terus dilaksanakan bagi tahun 2013. Antara program-program yang telah dijalankan akan dikemaskini oleh guru GBK dari semasa ke semasa.






Isnin, 3 Oktober 2011

Tatacara Menghadapi Temuduga

Assalamualaim dan slam sejahtera ..

Di sini ingin saya kongsi beberapa tatacara untuk menghadapi temuduga . Moga-moga pelajar lepasan SPM dan lain-lain dapat menjadikan tips ini sebagai panduan. Kepada yang belum tamat belajar, jadikanlah tips ini sebagai persediaan.


PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA:

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:
1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
  • Kaunselor.
  • Guru-guru kaunseling.
  • Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
  • Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
  • Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab.
  • Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
  • Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
  • Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
  • Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.
3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.
4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

PADA HARI TEMUDUGA:
  1.  Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin. 

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:  
  1.  Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu. 
  27.  
Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.


Jumaat, 30 September 2011

Majlis Mohon Restu & Bacaan Yassin PMR 2011

Assalamualaikum / salam sejahtera ..

Majlis mohon restu dan bacaan yassin PMR 2011 ini telah dijalankan pada hari Jumaat , 29 September 2011 bertempat di Dewan Peperiksaan PMR SMK Sri Kurau pada jam 10.30 pagi .









Khamis, 29 September 2011

10 kunci untuk lulus dengan cemerlang

1. Menguruskan masa - jadual waktu belajar

2. Membaca

3. Mendengar

4. Mengambil nota

5. Meningkatkan penumpuan

6. Membuat rujukan

7. Mengulangkaji

8. Sihat fizikal dan mental

9. Tahu teknik menjawab soalan

10. Berdoa

Rabu, 28 September 2011

Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup. 

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka. 

5. Susunlah Catatan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Selasa, 27 September 2011

3 Teori Asas ke Arah Pembelajaran Cemerlang

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera ..

Mengikut Dr. Moni Lai Stroz dalam buku Mind Body Power 1990, digarisi tiga teori asas untuk peningkatan pembelajaran iaitu :

1. Perlu difahami bahawa minda sedar dan bawah sedar adalah satu kesatuan. Mereka sentiasa bersama dalam proses pembelajaran kerana tubuh manusia membabitkan satu proses yang menyeluruh.

2. Perlu difahami bahawa saranan diri boleh membuka kunci ilmu pengetahuan yang tersimpan dalam minda bawah sedar.

3. Pelajar digalakkan belajar secara maksimum di bawah situasi yang tenang, gembira dan kondusif. Pelajar yang berada dalam keadaan minda otak kanan digerakkan untuk membantu minda otak kiri semasa belajar.

Sekian ~

Isnin, 26 September 2011

Maklumat UBK Smk Sri Kurau

Visi
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

Misi
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya ;
- Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan
- Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ)
- Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid

Matlamat Bimbingan & Kaunseling

- Menyediakan perubahan tingkahlaku
- Membantu membuat keputusan
- Membantu individu menjadi rasional dan realistik terhadap diri dan persekitarannya
- Memperbaiki hubungan
- Memahami diri dan menjadi agen informasi kepada anda

Ciri-ciri Hubungan Kaunseling


- Kami terima anda tanpa syarat
- Kami terima anda seadanya
- Kami tidak "MEMAKAN" anda
- Kami bertanggungjawab terhadap keselamatan, kehormatan dan kesejahteraan peribadi anda
- Berterus terang dan bersemuka
- Kami bantu anda membuat keputusan
- Perkhidmatan yang jujur dan ikhlas
- KERAHSIAAN adalah keutamaan kami

Peranan Guru Bimbingan & Kaunseling


Guru bimbingan & kaunseling anda adalah seorang yang :
- Sanggup mendengar semua persoalan anda
- Menerima anda tanpa syarat
- Menghormati anda sebagai seorang individu
- Membantu anda membuat keputusan yang terbaik bagi anda

Kenapa perlu jumpa?


- Ingin berbincangbagaimana menumpu sepenuh perhatian terhadap pelajaran
- Ingin mengetahui TEKNIK BELAJAR yang berkesan
- Sukar mengatasi perasaan RENDAH DIRI
- Sukar berhubung dengan guru-guru dan rakan sebaya
- Perlu mendapat MAKLUMAT pelajaran dan pekerjaan
- Tiada motivasi untuk BELAJAR
- Tidak kenal SIAPA SAYA sebenarnya

Kaunseling bukan untuk...


- Mempengaruhi kepercayaan fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap pelajar
- Menyelesaikan masalah
- Memberi nasihat
- Memberi maklumat sahaja
- Menemuramah atau berbual sahaja
- Menilai kekuatan atau kelemahan seseorang

Jumaat, 23 September 2011

Program Jati Diri Tingkatan 2 Negeri Perak 2011

Assalamualaikum / salam sejahtera ...

Program ini telah dijalankan pada hari Isnin, 19 September 2011 hingga Khamis, 22 September 2011.